Yang Tadi

Banyak ganguan semenjak dua menjak
Dulu mendaki sekarang turun mendadak
Aku kembali untuk kenali
Gaya hidup yang aku gemari
Kalau situ masih dengan situasi
Ey
Biar aku kenali
Isi tempat kosong selagi boleh muat
Kalau aku tidak percik
Tiada siapa akan buat
Cuba eja LAWA dari belakang boy
Awal yang kau temui bila rasa lambat
Oi

Oi tapi bukan siga saga
Kau steady sua dengan suasana
Sila siap sedia
Sebab memang lama jangka masanya
Untuk singgah sana
Warga tidak lagi sanggup tahan dahaga
Sadip sigaraga tawarlah harga
Ini saja cara aku berniaga

Tapi masih ada yang tekan tubi
Sampai berjemur panas tiada kanopi
Bukankah kita sama makan nasi
Luang masa atur destinasi
Jangan buat separuh jalan
Tengok lain di hadapankita ketinggalan

Kadang jahat kadang baik
Nanti boleh pura-pura
Kadang benci kadang suka
Ingat tapi lupa-lupa
Lumba-lumba dalam lembah
Bukan mudah lemah lembut
Serta merta sambut kalau
Nampak aku berlutut

Yang tadi yang tadi
Waktu aku masih waras
Yang tadi yang tadi
Berapa minit lepas
Yang tadi yang tadi
Waktu aku masih stabil
Yang tadi yang tadi yang tadi
Sebelum dengar ku dipanggil

Sejujurnya aku aku rindu
Menulis macam dahulu
Beban yang aku pikul buat aku gemuruh
Dulu macam senang
Boleh buat tanpa disuruh
Sekarang pengang pen dengan kertas
Tapak tangan mula berpeluh yeah

Tapi bukan apa
Mungkin itu petanda perlu bertapa
Kalau ingin pergi jauh
Kena belajar kumpul tenaga
Persediaan yang cukup
Misi pasti terjamin
Terus terang bukan kuat agama
Tapi kali ini aku ucap
Amin

Macam angin aku datang
Macam angin aku pergi
Malapetaka tidak menentu
Siapa akan rindu jika mati nanti
Kejap kejangkitan laju
Kejap kejar kita
Itu serang hendap paling sedap uh
Bila kita silap buka injap

Cari dan terus gerudi
Kepakaran kau buat kau geruni
Jadi ketua bukan labu-labi
Yang didenda ketuk ketampi now
Tidak pernah puas cuma makin lapar
Tidak boleh lawan takdir
Tapi boleh tukar
Tidak mustahil tapi memang sukar

Kadang jahat kadang baik
Nanti boleh pura-pura
Kadang benci kadang suka
Ingat tapi lupa-lupa
Lumba-lumba dalam lembah
Bukan mudah lemah lembut
Serta merta sambut kalau
Nampak aku belutut

Yang tadi yang tadi
Waktu aku masih waras
Yang tadi yang tadi
Berapa minit lepas
Yang tadi yang tadi
Waktu aku masih stabil
Yang tadi yang tadi yang tadi
Sebelum dengar ku dipanggil

Yang tadi yang tadi
Waktu aku masih waras
Yang tadi yang tadi
Berapa minit lepas
Yang tadi yang tadi
Waktu aku masih stabil
Yang tadi yang tadi yang tadi
Sebelum dengar ku dipanggil

Canzoni più popolari di Benzooloo

Altri artisti di Asiatic music