Generasi Genius

Yeah
Semua orang ada hero kegemaran
Hero aku

Manis macam coklat lebih cun dari Kinder Bueno
Dalam bahasa Latin purba aku lah numero uno
Tapi kalau memang coklat boleh panggil aku Hershey’s
Sebab sejak aku muncul ramai kena diabetes

Ingin jadi rapper dari kecil berangan-angan dengan kawan
Mama cakap buat saja pergi cari pengalaman
Bapa suruh belajar Saxophone aku belajar seks di phone
Simpan buku-buku Playboy dalam kotak styrofoam

Jadi the next day aku tanya sama papa
Pa boleh kah aku jadi seorang rapper hah
Bapa kata hey mana boleh kena layan lagu jazz
Jangan berani tukar genre

Jadi aku merajuk hampir 5 hari
Fobia dengan teguran yang diberikan secara verbally
Dan normally aku lemah dari segi psikologi
Tapi sekarang dewasa mampu berfikir sendiri

Bagi pen dengan kertas bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori tidak lari dari landas
Bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Bagi pen dengan kertas bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori tidak lari dari landas
Pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Bapa selalu cakap kau istimewa
Kau ada sesuatu yang mereka tiada
Jadi jangan hilang itu kau anak saya
Pasti suatu hari nanti kau dapat piala

Dan aku mula faham apa kata bapa
Di setiap perenggan di setiap suku kata
Jadi generasi genius itu yang dia mahu
Kalau ada bakat buat apa mahu malu

Jadi lah pemangsa jangan sekali jadi mangsa
Pastikan kau buas kalau jadi raksasa
Bila sampai satu tahap kau jadi juara
Tengok reaksi mereka kembang bulu roma

Tidak pernah goyang lari dari hari baru
Pari-pari datang mari masuk dalam paru-paru
Harap dapat tidur lena selesa atas bantal
Kalau diri ini degil biar nakal berakal

Bagi pen dengan kertas bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori tidak lari dari landas
Bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Bagi pen dengan kertas bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori tidak lari dari landas
Pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Alangkah baiknya kalau macam budak lain
Ada bapa di sisi ketawa sambil bermain
Tapi aku lain macam sudah anak yatim
Tiada bantuan kewangan ke mana pergi brim

Aku tengok balik filem bapa duduk atas tikar
Dengan baju putihnya ambil feel main gitar
Air mata mula jatuh aku lari bersembunyi
Masuk bilik kunci pintu menangis tiada bunyi

Okay bagi aku rokok tidak kisah rokok apa
Sedut karbon oksida hembus ke atmosfera
Tiada pen dengan kertas boleh bagi aku pensil
Benzooloo karyawan stenografi atas stensil

Biar pun ada tonsil masih cuba terus rapping
Hidangkan lagu dalam YouTube kalau kamu sanggup buffering
Lawan lah familia kontrak sampai mati
Rapper 5 bintang kami buat transformasi

Bagi pen dengan kertas bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori tidak lari dari landas
Bagi pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Bagi pen dengan kertas bagi pen dengan kertas
Cara kamu berfikir aku ubah dengan pantas
Tetapkan trajektori tidak lari dari landas
Pegang pen dengan kertas biar sampai habis nafas

Canzoni più popolari di Benzooloo

Altri artisti di Asiatic music