Siaran 9

Andai engkau mahu lihat
Keindahan yang ku lihat
Pejamkanlah lima-lima
Inderamu seketika

Dan bukakan pula mata hatimu
Dikit demi sedikit kasih
Pasti kau kan menangis
Kerna gembira
Sangat gembira melihatnya

Sehingga terasa
Pernah bersua
Tapi dah terlupa
Bila masa
Dan di mana

Di antara
Sebuah mimpi
Dengan kenangan
Engkau menyesal
Dan bersyukur

Kesal kerna memandang
Hanya sebelah mata
Tak pandai menghargai

Barang yang berharga
Syukur diberi
Peluang yang kedua kali
Untuk buktikan

Biar hujan petir
Kilat menyambar
Biar lautan api menyimbah
Biar terancam

Nyawamu
Dihujung pedang
Takkan lepaskan
Janji kau berikan

Untuk setia sepanjang
Meniti dan meniti hari

Kau kembali ke sisinya
Impianmu
Yang sebenar-benar
Kau kembali ke sisinya
Impianmu
Yang sebenar-benar

Kau kembali ke sisinya
Impianmu
Yang sebenar-benar
Kau kembali ke sisinya
Impianmu
Yang sebenar-benarnya

Canzoni più popolari di Wing's

Altri artisti di Rock'n'roll