Rindu Mengambang Di Rantau Orang
Langit cerah kini mendung
Mengenangkan nasib buntu
Diri jauh di rantauan
Tika fajar memancar di hari raya
Rindu sungguh kepadamu
Ayah ibu kekasih ku
Bulan takbir mengumandang sayu
Jiwaku makin resah meragu
Berdendang lagu
Luarhan mengubati rindu
Dan doaku yang tak pernah putus
Buat semua walau pun kita tak bersama
Di hari raya terkenang
Rindu mengabang bagaikan bulan
Air mata jatuh tak dapatku tahankan
Kerana di rantau orang sendirian
Berdendang lagu
Luarhan mengubati rindu
Dan doaku yang tak pernah putus
Buat semua walau pun kita tak bersama
Di hari raya terkenang
Rindu mengabang bagaikan bulan
Air mata jatuh tak dapatku tahankan
Kerana di rantau orang sendirian
Rindu sungguh kepadamu
Ayah ibu kekasih ku
Bila takbir mengumandang sayu
Jiwaku makin resah meragu