Buih Jadi Permadani
Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat dinginkan panasnya
Hatiku ini
Terasa terhempasnya kelakianku ini
Dengan sikapmu
Apakah kerana aku insan kekurangan
Mudahnya kau mainkan
Oh mungkinkah diri ini dapat merubah buih
Yang memutih menjadi permadani
Seperti pinta yang kau ucap dalam janji cinta
Juga mustahil bagiku menggapai bintang di langit
Siapalah diriku hanya insan biasa
Semua itu sungguh aku tiada mampu
Salah aku juga kerana jatuh cinta
Insan sepertimu seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diriku
Sebelum tirai hati aku buka untuk mencintaimu
Juga mustahil bagiku menggapai bintang di langit
Siapalah diriku hanya insan biasa
Semua itu sungguh aku tiada mampu
Salah aku juga kerana jatuh cinta
Insan sepertimu seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diriku
Sebelum tirai hati aku buka untuk mencintaimu
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diriku
Sebelum tirai hati aku buka untuk mencintaimu