Dian Asmara
Di batas khayal angan dan impian
Teringatkan masa lalu
Seindah lembayung dia mempesona
Izinkan diri bertanya
Santailah kawan luangkan sejenak
Persembahan sebuah lagu
Tiada ombak badai prahara nestapa
Biarkan aku melangkah
Bila esok mentari datang berderai cipta
Irama samba dan bossanova
Tiada lagi yang kudamba
Di batas rasa hasrat dan pelukan
Irama senandung rindu
Benny Jack dan Perry kisah bak legenda
Sampaikan salamku ini
Bila esok mentari datang berderai cipta
Irama samba dan bossanova
Tiada lagi yang kudamba
Beribu warna di batas santai
Antara hujan rintik membasahi bumi
Semurni rasa di halaman tandu
Dian asmara kan tiada henti berpijak
Santailah kawan luangkan sejenak
Persembahan sebuah lagu
Tiada ombak badai prahara nestapa
Biarkan aku melangkah
Bila esok mentari datang berderai cipta
Irama samba dan bossanova
Tiada lagi yang kudamba
Mungkin esok mentari datang berderai cipta
Berlenggok samba dan bossanova
Tiada lagi yang kudamba