Kurnia Tuhan
Ah
Dikala malam yang dingin kita dambakan api
Dikala siang yang bahang kita mahukan hujan
Oh cinta kurnia dari Tuhan
Oh cinta kurnia bagi insan
Dikala diri dah lengkap kita terasa sepi
Dikala mimpi dah nyata kita rindukan teman
Oh cinta kurnia dari Tuhan
Oh cinta kurnia bagi insan
Sesungguhnya rahmat depan mata
Amatilah wahai kasih
Bumi hijau laut bergelora
Langit biru direnungkan
Biarlah sampai
Jiwa tersentuh
Kita pun tertunduk oh menangis
Dalam syahdu
Dikala diri dah lengkap kita terasa sepi
Dikala mimpi dah nyata kita rindukan teman
Oh kurnia
Oh cinta kurnia dari Tuhan
Oh cinta kurnia bagi insan
Sesungguhnya rahmat depan mata
Amatilah wahai kasih
Bumi hijau laut bergelora
Langit biru direnungkan
Mesra nafas berdakap udara
Berdiri nyawa kerana jiwa
Andai hilang antara satunya
Hilang punca hilanglah rahsia
Kita di sini (kita di sini)
Kita di bumi (kita di bumi)
Oh menanti hari (oh)
Pulang ke syurga
Oh ke syurga
Aku impikan
Ke syurga
Oh