Joget Dendang Patah Hati

Sarang tumpangan burung merpati
Selasih ada di tepi sawah
Sekarang kekanda baru mengerti
Kasih adinda sudah berubah
Ke Pulau Tiga pergi bermain
Pohon kelapa subur meninggi

Kalau adinda cari yang lain
Mohon kekanda mengundur diri

Biarkan sahaja
Hatiku ini peregi jauh
Masa beredar
Hari bertukar ganti
Luka ditangan
Sudah lah tentu nampak darahnya
Luka dihati tidak ketahui
Bisa atau parahnya

Disana ada orang berniaga
Segala barang bawa bersama
Kerana kekanda tidak berharta
Adinda tidak memandang mulia

Jika berbau bunga dirimba
Tetap lah ada manis madunya
Jika begitu adat bercinta
Tidak berharga rendah nilainya

Biarkan sahaja
Hatiku ini peregi jauh
Masa beredar
Hari bertukar ganti
Luka ditangan
Sudah lah tentu nampak darahnya
Luka dihati tidak ketahui
Bisa atau parahnya

Disana ada orang berniaga
Segala barang bawa bersama
Kerana kekanda tidak berharta
Adinda tidak memandang mulia
Jika berbau bunga dirimba
Tetap lah ada manis madunya
Jika begitu adat bercinta
Tidak berharga rendah nilainya

Curiosità sulla canzone Joget Dendang Patah Hati di M. Shariff

In quali album è stata rilasciata la canzone “Joget Dendang Patah Hati” di M. Shariff?
M. Shariff ha rilasciato la canzone negli album “The Legend, Vol. 4” nel 1995 e “Siti Payung” nel 2003.

Canzoni più popolari di M. Shariff

Altri artisti di Asiatic music