Dendam Wanita

Dendam wanita buat dunia berputar
Dendam wanita buat kau makan kata
Menukar reality macam tukar channel TV
Jangan kata notis amaran ku tak kasi

Berat hati aku sudah sarat
Mengandungi sampah yang terkumpul hidup dalam masyarakat
Larat tak bisa jadi ubat
Selama ni kularatkan diri sekarang tersumbat

Aku wanita jadi hidup aku sukar dari mula
Tiket percuma hanya pada yang ada berbola
Jalan pergi pasar tiada siapa yang kata
Em besarnya dada dia pakai kemeja pun jadi lah

Tanpa undangan tangan dia mencapai badan
Macam aku rumah terbuka layan macam boneka
Kalau aku balas semula kau panggil murah sudah

Dendam wanita buat dunia berputar
Dendam wanita buat kau makan kata
Menukar reality macam tukar channel TV
Jangan kata notis amaran ku tak kasi

Kau suruh angkat tangan kiri aku angkat tangan kiri
Bila nak gerak sendiri kena serangan tradisi
Dah lupa diri ke
Perempuan ke betina
Aku hanya target murka target orang campak cuka

Pakai baju apa pun orang akan berkata
Siapa sangka kerna gunungku badan binasa
Aku memang macam gunung anjing banyak menghurung
Menyalak tapi bukannya aku boleh gerak

Semak-semak hati aku retak
Kerna orang paksa aku menari ikut rentak
Silap-silap aku menari pun kena hentak
Setiap pergerakan dan langkah hanya bawa puak

Yang tak senang hati
Ceraikan aku talak tiga dari dunia patriarki ini

Dendam wanita buat dunia berputar
Dendam wanita buat kau makan kata
Menukar reality macam tukar channel TV
Jangan kata notis amaran ku tak kasi

Yuna kena sound tunjuk kaki
Sound kerna dia menyanyi
Sound kerna turban dia tak mencukupi syarat

Isyarat bahsa kita patut guna tuk berkomunikasi
Kena jadi O-K-U baru boleh jadi somebody help you
Help me
Help all the girls and women to be free

Aku tidak mahu kau punya ekspektasi
Curah harapan engkau pada diri ini
Jadi anak Mithali isteri Mithali ibu Mithali
Siapa lelaki namanya Mithali meh sini
Jadi maram aku bagi orang puas hati
Please yo

Dendam wanita buat dunia berputar
Dendam wanita buat kau makan kata
Menukar reality macam tukar channel TV
Jangan kata notis amaran ku tak kasi

You know that you can never colour me
Warna rambut aku tukar setiap hari
Biar hati ini tidak ceria
Tapi fizikalku berwarna
Warna kulit kuning langsat
Bila berjemur jadi coklat
Aku tidak lagi terpedaya dengan krim pencerah

Fair and lovely got nothing on me brah
Aku panjang cermin aku selesa pandang cermin aku tak kesah
Pandang cermin aku suka bangga dengan wanita depan mata
Aku berdiri atas bara api menukar tradisi

Dendam wanita buat dunia berputar
Dendam wanita buat kau makan kata
Menukar reality macam tukar channel TV
Jangan kata notis amaran ku tak kasi

Altri artisti di Asiatic music