Belahan Jiwa

Walau seindah mana mimpi kita
Mimpi tetapkan tinggal mimpi
Walau sekeras mana hati kita
Satu masa kan lemah jua

Hidup tak sentiasa kekal bahagia
Gula yang manis dibakar pahit jadinya
Kerasnya besi dilebur cair akhirnya
Kita meniti
Satu hakiki

Hidup berkongsi cinta
Jiwa dibagi dua
Mengharap ke akhir hayat
Percintaan ini tersurat

Retak terbelah dua
Dicantum tiada berguna
Tak mungkin lagi seindah
Dan semurni seperti asalnya

Apalah erti belahan jiwa
Ku menderita kau bergembira
Kekasih hati belahan jiwa
Jasad terbiar jiwa melara

Hidup tak sentiasa kekal bahagia
Gula yang manis dibakar pahit jadinya
Kerasnya besi dilebur cair akhirnya
Kita meniti
Satu hakiki

Hidup berkongsi cinta
Jiwa dibagi dua
Mengharap ke akhir hayat
Percintaan ini tersurat

Retak terbelah dua
Dicantum tiada berguna
Tak mungkin lagi seindah
Dan semurni seperti asalnya

Apalah erti belahan jiwa
Ku menderita kau bergembira
Kekasih hati belahan jiwa
Jasad terbiar jiwa melara

Walau setulus mana jiwa kita
Dengan darjat hati mu buta
Walau sesuci mana cinta kita
Dengan harta ternoda juga

Kerana dirimu terbelah jiwaku

Canzoni più popolari di Iwan

Altri artisti di Alternative rock