Dendam Ku Kerana Maria

Dunia selamat tinggal aku ucapkan
Hari ini ku terima hukuman
Hukuman yang berat kan ku terima
Ku membalas dendam kerna Maria

Harumanmu ku pergi seorang
Pembunuh isteriku akan ku habiskan
Keris di tanganku akan ku darahkan
Untuk kau Maria ku berkorban

Biar nyawa segar ku gadaikan
Dengan hati geram terus aku menerkam
Pembunuh isteriku tak dapat melawan
Nyawanya ku ambil kerna Maria
Puas rasa hati kerna Maria

Kini sungguhpun aku akan dihukum
Tiada ku takut dan tiada gerun
Fikiranku tenang tiada apa
Menjadi pembunuh kerna Maria

Tiada ku sangka pembunuh isteriku
Kawanku yang lama yang ku sangka jujur
Setelah kau noda kau membunuh Maria
Mempersyaitankan diri pada Maria

Ku membalas dendam kerna Maria
Dengan hati geram terus aku menerkam
Pembunuh isteriku tak dapat melawan
Nyawanya ku ambil kerna Maria
Puas rasa hati kerna Maria

Dunia selamat tinggal aku ucapkan
Hari ini ku terima hukuman
Hukuman yang berat kan ku terima
Ku membalas dendam untuk Maria

Dengan hati geram terus aku menerkam
Pembunuh isteriku tak dapat melawan
Nyawanya ku ambil kerna Maria
Puas rasa hati kerna Maria

Dengan hati geram terus aku menerkam
Pembunuh isteriku tak dapat melawan
Nyawanya ku ambil kerna Maria

Canzoni più popolari di Ismail Haron

Altri artisti di Asiatic music