Hanya Menari

IMRAN AHMAD HUSAINI AJMAIN, TAUFIK BATISAH

Jangan salah sangka
Sememang ku manusia biasa
Ku santai sahaja
Menerima segala yang ada oh

Mengapa bila bertentang mata
Rasanya bersalah
Bagai dah berlaku jenayah yang besar
Dia tak perlu tahu rahsia kau dan aku
Jika di tanya ini jawapan ku

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Bukan jatuh hati

Jangan kau ubah fikiran
Sesungguhnya niat ku suci
Tuk jadi seorang teman
Namun rasa diri ku di uji

Mengapa bila kita bertiga ku jadi cemburu
Rasa di curi oh hak milik ku
Kau tak perlu tahu isi hati ku
Jika tu penting ini alasan ku oh

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Bukan jatuh hati

Alam keliling pun membisu
Risau tertulis di bibir mu
Rahsia tersimpan hingga akhir hayat ku
Tidak seorang pun yang tahu

Mengapa bila tidak bertemu aku jadi rindu
Bagaimana pula dengan diri mu
Satu hari nanti terbongkar cerita
Jangan kau lupa rencana kita

Kami hanya menari
Goyang kanan dan kiri
Hanya menari
Belum jatuh hati

Kami hanya menari (ah oh)
Goyang badan dan kaki (hanya menari)
Hanya menari
Belum jatuh hati

Bukan jatuh hati

Canzoni più popolari di Imran Ajmain

Altri artisti di Asiatic music