Terimalah Aku

Terkedu aku pada sapaan memori lalu
Mula menerjah di ruang fikiranku
Bayangan dosa silam mengusik hati
Tanpa sempatku bendungi lagi

Sering tertanya
Adakah derita tiada hujungnya
Apakah air mata tiada ertinya
Mengapa harus aku terleka dan juga alpa
Bahawa dunia sementara cuma

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa
Jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu

Terima kasih Tuhan Yang Maha Pengasih
Di atas rahmatMu yang Kau limpahkan
Bagaimana harus aku untuk membalasnya
Tanda cintaku
KepadaMu Kau kekasih hati

Sekian lama aku meniti bara-bara dunia
Mencari segenggam rahmat sinaran iman
Di celah tadahan doa
Jua amalan diri
Agar hidup matiku hanyalah untukMu

Moga kutemui sinaran suci
Di sebalik onak duri tajam menikam

Biarpun luka
Masti berbisa
Darah mengalir pekat
Oh selamanya
Akanku capainya jua

Terimalah aku
Kulemah tiada berdaya
Selaut kasihmu akanku tadah
Biarpun diriku terasa hina

Engkau Yang Maha Pengasih
Engkau Yang Maha Penyayang
Hamba datang mohon pertolongan
Terimalah dari segala taubat huh

Canzoni più popolari di Hijjaz

Altri artisti di Asiatic music