Nasib Si Kembang Pagi
Kau kembang dinihari
Baldu ungu kelopakmu berseri
Potonganmu sederhana
Namun tetap indah pandang di mata
Lemah
Gemalai tarianmu meliuk
Lentuk
Mengikut rentak bayu oh oh
Anggerik mawar bakawali
Bunga matahari dahlia dan lili
Hidup subur di manja
Menjadi kemegahan yang berada
Duhai
Bunga si kembang pagi
Janganlah
Pula
Engkau rasa pilu di hati
Memang rah hidup
Hanya manusia
Yang membezakannya benda atau nyawa
Diberi nama jua harga
Lalu diberinya tempat jua darjat
Nasibmu si kembang pagi
Mekar hanya sementara sahaja
Jangan takut rasa bangga walau kau hanya
Walau kau hanya di pagar istana
Memang rah hidup
Hanya manusia
Yang membezakannya benda atau nyawa
Diberi nama jua harga
Lalu diberinya tempat jua darjat