Kuda Tiga Kaki
Kuda tiga kaki
Tidak boleh lari
Macam hilang kunci
Pintu rezeki
Kuda tiga kaki
Tidak boleh lari
Kanan tengah kiri
Jalan dah mati
Kuda tiga kaki
Tidak boleh lari
Cuma boleh mimpi
Hujung pelangi
Macam main judi
Main apa benda sekali
Kurang satu tak cukup lagi
Apa pun nak buat serba tak menjadi
Tak guna baik hati
Kalaulah jahat gerak geri
Tak guna kalimah sakti
Kalaulah masing-masing kita nafsi... nafsi
Mustahil boleh di seberang
Kalaulah gelora setinggi gunung-ganang
Dah la tu separuh telanjang
Nak harung api menjulang
Mustahil nak menang perang
Kalaulah kelengkapan semuanya kurang
Dah la tu serapah mu songsang
Nak serang sorang-sorang... yeh
Tak guna baik hati
Kalaulah jahat gerak geri
Tak guna kalimah sakti
Kalaulah masing-masing kita nafsi... nafsi
Kalaulah masing-masing kita nafsi... nafsi