Suasana Di Hari Raya

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari Raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya dipandang

Ketupat rendang sila nikmati
Kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit Raya lupa nak diberi

Kuih dan muih bеranika macam
Makanlah jangan hanya dipandang

Ketupat rendang sila nikmati
Kawan penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit Raya lupa nak diberi

Kuih dan muih jangan hanya dipandang

Ketupat rendang silakan hidangkan
Wajik dan dodol jangan dilupakan
Asyik bersembang duit Raya lupa nak diberi

Canzoni più popolari di Ara Johari

Altri artisti di Asiatic music