Tangisan Dalam Senyuman
Ada derita di sebalik gembira terlindung bersama rahsia
Tersembunyi ku pendamkan dalam hati
Tidak pernah ku perlihatkan padamu
Tidak mudah untuk kau selami segalanya ini
Kerana kasihku padamu
Biarlah ku simpan duka ku
Biarlah aku menahan segalanya
Kasih lipatan sejarah hidup ku bertali dan berarus
Dengan onak liku perjalanan begitu jauh
Hingga kini baru ku temui bahagia yang tak pernah ku alami
Betapa indahnya ketika cinta mu menghiasi di jiwa ku
Sayu meniti pengalaman yang silam
Ada ketikanya menitiskan
Rasa kesyahduan
Kerana kasihku padamu biarlah ku simpan duka ku
Biarlah aku menahan segalanya
Kasih lipatan sejarah hidup ku bertali dan berarus dengan onak liku
Perjalanan begitu jauh hingga kini baru ku temui
Bahagia yang tak pernah ku alami
Betapa indahnya ketika cinta mu
Menghiasi di jiwa ku
Sayu meniti pengalaman yang silam ada ketikanya menitiskan
Rasa kesyahduan tangis dalam senyuman